Friday, January 25, 2013

Alfatihah untukmu sahabat

Maulidirasul mengingatkan aku tarikh pergi seorang sahabat yang kami banggakan dizaman persekolahan kami.
Captain itulah gelarannya, ketua pasukan bolasepak sekolah yang buat julung kalinya merupakan pelajar sekolah yang pertama terpilih untuk mewakili pasukan bola Negeri Sembilan.
Inilah nukilan saya mengenai peristiwa itu, nukilan yang di abadikan dalam memento Sdarian 67-74

Alfatihah untukmu sahabat

12 RabiulAwwal
Tahun 2003 Masehi
Takkan ku lupa
Tarikh keramat ini
Kunjungan terakhirmu
ke Kuala Mangga
Sungai Mangga
Royal Belum

12 RabiulAwwal
Tahun 2003 Masehi
Takkan ku lupa
Tarikh keramat ini
Kunjungan pertamaku
Ke Lubuk Dua Beradik
Sungai Sara
Royal Belum

Entah kenapa
Sewaktu engkau menghadapi
Kegawatan detik akhirmu
Aku terpijak ular
Dan sebatang gigiku
Gugur di Sungai Sara

Ketika airmata Zul Black
Berderai menimpa pipimu
Di tepi Sungai Mangga
Aku masih terkinja
Mengintai Tengas
Ikan kegemaranmu

Sembila purnama
Sepeninggalanmu
Aku ke Sungai Mangga
Mencari bekas dan jejakmu
Di Kuala Mangga
Lubuk kegemaranmu

Kuala Mangga mu
Tidak seindah dulu
Banyak lori hantu
Menodai tepiannya
Pacuan empat roda
Turut menggagahinya
Pukat, jaring dan jala
Bermata satu inci
Tuba, bom dan bateri
Bersantai didasarnya
Merobek segala
Cucu cicit dan puit
Tengas kesayanganmu

Bersemadilah engkau sahabatku
Dalam redha Ilahi
Ketahuilah juara tengasku
Takkan aku termampu
Menjaga warisanmu
Dan tengas kesayanganmu
Di Kuala Mangga

Wan Sharif 19 Mei 2004

Alfatihah untukmu Captain @ Zainal Abidin Shaari
sempena pemergianmu tanggal 14 Mei 2003.


12 comments:

Mulan said...

Al Fatihah... moga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama mereka yg beriman..

Wan Sharif said...

Terima kasih M.U.L.A.N. for your kind recitation of AlFatehah and Doa to my friend. May Allah bless you with many kind people who will do the same for you in time of needs.

DrSam said...

Salam dan Salawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. A poetic dedication to your dearest friend really touched me Ayoh Wang.

Semoga Allah mencucuri Rahmah dan perlindungan kepada arwah serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Wan Sharif said...

DrSam,
Thank you for dropping your kind words.. are you really really in keropok lekor land now to stay ..
Semuga Allah memberi rahmah, barakah dan maghfirah kepada DrSam yan yang DrSam sayangi dimana saja kamu berada..

Al-Manar said...

Begitulah hakikatnya Ayah Wang. Sedih memang sedih tapi semakin lama semakin banyak peristiwa ini kepada kita yang terus menhampiri waktu petang - waktu maghrib. Kita ucapkan Alfatihah kepada mereka yang dahulu pergi menemui NYA.

Wan Sharif said...

Semuga semua kesayangan Abang Hassan yang terlebih dahului mendahului kita di himpunkan dalam golongan alMuqarrobin dan semuga Abang Hassan sekeluarga dikurniakan kesihatan yang terbaik untuk terus mencari keredhaanNya jua.

Wan Sharif said...

Abang Hassan,
Pensyarah upsi dan anak kepada CikGu Shaari inilah sahabat saya yang mungkin berjiran dengan keluarga kakak di Kalumpang saperti yang pernah saya ceritakan melalui telephone satu ketika dahulu.

Anonymous said...

Al fatihah

School Of Tots said...

Nostalgia Bersama Seorang Teman
Datang Bersama Coretan Kenangan
Benar Hidup Hanya Persinggahan
Perjalanan Ini Bakal Diteruskan
Semoga Membawa Cukup Bekalan.

SOT
Jumaat
21 Rejab 1434H.

Lee said...

Hi Wan Sharif, hey...you ingat saya, Lee, dari Canada.
Ini lambat sikit, but selamat hari raya to you and all at home.
Here's hoping you in the best of health.
Best regards from Canada.
Lee.

Wan Sharif said...

Tqvm

Wan Sharif said...

Masih fresh diingatan saya blog dan gurauan Abang Lee.. Blog saya tertinggal kerana saya sedikit tertekan diruang kerja.. Maafkan saya