Masih jauh rasanya
Perjalanan hidup ini
Semakin suci niatnya
Mencari redha ilahi
Makin longlai langkahnya
Menyusuri lembah ini
Tanpa suara pintanya
Bahkan wajah sekali
Telah terasa goyahnya
Sesekali terpesong begini
Kurang mengerti pangkalnya
Menyusuri laluan jerih ini
Kenapa begini payah
Mencari sedikit cinta
Tanpa kelibat wajah
Serta lunaknya suara
Bermujahadah lah ya akhi
Mengejar cinta suci abadi
Bercahayakan redha ilahi
Mungkinkah tergapai disini
Suruhan cinta kepada anbiya
Suruhan cinta kepada ilahi
Tanpa wajah dan suara
Miripkah cinta segila ini
Akan setiakah kau menanti?
9 comments:
Assalamualaikum Ayoh Wang. Lama dok dengor kabor berite. Semoga sihat walafiat bersama keluarga tercinta.
..Pesanan ikhlas kepada seorang akhi. Semoga akhi itu mengerti.
Dok bollo' nge macang2 tu yang dok update update blog tu.. Ada dua tiga boss baru kat pejabat.. Panah sooh habis jadi kerja..
Sihat sokmo Alhamdulillah.. Keluarga pun Allah beri top form Sokmo gak FatabarakalLah..
Ni post nie yohwang buat dari cerita yang ayoh wang kutip dari seorang sahabat.. Konon nya untuk memberi semangat kepada beliau untuk terus bermujahadah mencari redha ilahi.
Last last sekali Ayoh Wang dengar ustaz khabor masa ceramah satu petua .. Katanya
INGAT ALLAH JANGAN LUPA..
Ayoh Wang rasa tu lah puncak pangkalnya
Lamanya Ayoh Wang hilang! Balik pulok dengeng wajah baru - besyaer. Welcome back.
big boss kat rumah ni, kalo jerih perit, maka ke laut la dia pergi.. nyelam & nyelam lihat keindahan alam kat dalam tu..
take care ayoh wang.. hanya Dia Yang Maha Esa tempat kita mengadu..
Dear Ayoh Wang,
Kenapa lama menghilang
Membuatkan kami semua terkenang
Atau sengaja menjauh diri
Kerna berjauh hati?
Kucing pun dah bersajak nih. Infectious lah....purrr...meow!
Abang Hassan,
Kesebokan kerja telah dijawab di atas.. Kekalutan perasaan yang agak tenat pun ada juga itu yang tetiba keluar dalam mode lain.. Mode yang mengungkap rasa kekalutan menemani sahabat yang perlukan kekuatan dalam mujahadahnya mencari redha ilahi
Apa pun mohon maaf kerana dok carra blogospere sebulan lebih tu...
Wa Mulan,
Best gak your laling ada release tersendiri...
Harapnya hidup Mulan akan lebih tenang bersama yang tercinta..
Terima kasih banyak for your kind comment and ' concern' ..
CfS dearest,
Alamak cat pun terkenang kat Ayoh Wang.. Eish rasa happy semacam Ayoh wang ni..
Meledani kekalutan sahabat kekadang mengambil masa yang begitu lama dan agak berterusan.. Perasaan merupakan sesuatu yang agak sukar bagi Ayoh Wang nak handle kerana bukan bidang Ayoh Wang... pun tetapi kena juga berkecimpung kerana tak sampai hati nak tinggalkan begitu saja.
Agar hidup kita sentiasa tenang bersama redha ilahi..
MasyaAllah
Post a Comment